SOALAN
1) Terangkan apa itu disleksia dan sindrom down ?
2) Bagaimana disleksia dan sindrom down terjadi?
3) Bagaimankah tingkah laku kanak-kanak disleksia dan sindrom down ?
4)Apakah masalahyang selalu dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ?
5)Apakah masalah yang selalu dihadapi oleh kanak-kanak sindrom down ?
JAWAPAN
1)
DISLEKSIA
Berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
SINDROM DOWN
Merupakan kecacatan genetik
disebabkan oleh kromosom no 21 yang terdapat pada penghidap.3 salinan kromosom
21 (biasanya hanya 2 salinan ) terdapat dalam setiap satu sel. Ianya
dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali
menggambarkannya pada tahun 1866.
2)
DISLEKSIA
Punca sebenar yang menyebabkan
kanak-kanak mengalami sindrom disleksia tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun
mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia adalah
disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kematangan (Mercer, 1997;
Hammond & Hughes, 1999).Salah satu punca berlakunya kecacatan
adalah faktor neoroligik yang merangkumi proses kelahiran, distress fetal,
bersalin dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia
dibandingkan kehamilan dan bersalin normal. Di samping itu juga, faktor-faktor
seperti bayi yang lahir yang mempunyai berat badan yang rendah, ibu yang
terlalu muda, ibu yang sudah berumur, ibu yang merokok dan mengambil alkohol
juga mempunyai potensi untuk mendapatkan anak yang bermasalah.
SINDROM DOWN
Trisomi 21 adalah punca sekitar 95%
Sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu
dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa (Trisomy 21 biasanya
disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas).
3)
DISLEKSIA
v Gagal menguasai tugasan sekolah
seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
v Tidak suka membaca dan mengelak dari
membaca di kelas
v Kesilapan semasa membaca huruf,
perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘
v Kurang
koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
v Keliru dengan konsep masa seperti
‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
v Kesukaran
memahami, mengingati dan mengikuti arahan
v Selalu
tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
SINDROM DOWN
v Mempunyai kesukaran berkomunikasi
v Mempunyai kesukaran mengurus diri –
umur biologikal & umur akal
v Lambat di dalam proses
melakukan sesuatu aktiviti
v Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah
berkomunikasi dengan seseorang.
v Dari segi emosi, mempunyai perasaan
serta memahami setiap perbualan
v Perlu
dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah
sentiasa dikunci.
4)
v Salah sangka dan digelar sebagai
malas, bodoh atau lembab
v Pembentukan imej diri yang sihat
terjejas dan mengalami rasa rendah diri
v Jika tidak dikenalpasti dan dibantu
diperingkat awal boleh menyebabkan Gangguan emosi (seperti kemurungan)
v Masalah tingkahlaku (seperti melawan,
kecelaruan tingkahlaku)
v Rendah pencapaian akademik
(menyebabkan keciciran sekolah)
5)
v Mereka mempunyai daya
ingatan,perhatian,kefahaman
v yang lemah serta tidak dapat
bertindak dengan cepat.
v Mempunyai IQ yang rendah iaitu
sekitar 50-70
v Berkelakuan tidak menentu iaitu
agresif,pasif dan meminta perhatian lebih daripada keluarga.
v Perkembangan bahasa mereka adalah
lambat,penggunaan bahasa terhad dan tidak boleh menyebut perkataan dengan betul
(pelat)
vMudah menghidap penyakit.
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon