Apa itu masalah pendengaran

Masalah Pendengaran

Definisi
Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.
Mekanisme pendengaran berfungsi apabila gelombang bunyi memasuki salur telinga dan menggerakkan gegendang telinga yang seterusnya menyebabkan getaran pada membran timpanik dan tulang-tulang osikel (incus, stapes dan maleus) . Pergerakan tulang stapes merangsang tingkap bujur untuk bergetar dan menyebabkan pergerakan cecair dalam koklea yang merangsang membran basilar untuk bergetar. Pergerakan ini akan merangsang organ of corti yang akan menghantar rangsangan saraf ke otak.
                                                


Terdapat 3 Jenis kecacatan pendengaran :
·        Conductive (Gangguan aliran bunyi)
v Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
v Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
·        Sensorineural (saraf deria)
v Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'
v Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
·        Mixed (gabungan)
v Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'



Klasifikasi tahap kurang pendengaran
Tahap keterukan pendengaran mengikut WHO :
Kategori
Darjah Decibel
Kesan pendengaran
Kurang
25 – 40
Sukar mendengar dikawasan bising
Sederhana
41 – 60
Sukar mendengar bisikan
Teruk
61 – 80
Sukar memahami suara yang kuat
Sangat teruk
>81
Tidak memahami suara yang kuat atau menjerit




Kadar Kejadian
Epidemiologi:
  1. 3-4 dalam 1000 bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran
  2. 25% daripada orang yang berumur 65 - 75 tahun dan 50% daripada orang yang berumur 75 tahun ke atas juga mengalami kehilangan pendengaran. Hilang pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita
  3. 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya pada kanak-kanak
SUMBER :http://pmspk.moe.gov.my/
                  http://www.myhealth.gov.my/


                     


Previous
Next Post »
Thanks for your comment