Masalah penglihatan

MASALAH PENGLIHATAN
Kecacatan penglihatan boleh terjadi di kalangan pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap penglihatan rendah kepada tahap buta. Di Malaysia, keadaan buta untuk semua peringkat meliputi 0.2% dan tahap penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk (berdasarkan National Eye Survey 1996). Kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak berumur antara 7-15 tahun adalah 0.1% (berdasarkan Refractive Error Study in Children, 2003).



Tanda seseorang itu dikatakan mengalami cacat penglihatan?
Menurut World Health Organization (WHO) Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila:
· Penglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya.
· Tahap medan penglihatan (visual field) kurang dari 10 darjah pada kedua-dua belah mata.

Kebanyakan orang yang cacat penglihatan masih mempunyai sedikit penglihatan. Walaupun mereka menggunakan tongkat, tidak bermakna mereka tidak dapat melihat apa-apa pun.

Penyebab cacat penglihatan
  1. Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
o Kecacatan 'congenital'/ semulajadi seperti 'congenital    cataractcongenital glaucoma'.
o Masalah semasa hamil seperti jangkitan kuman      akibat 'rubella, toxoplasmosis' dan minum arak (alcohol).
o   Penyebab perinatal - 'retinopathy of prematurity'
o   Jangkitan kuman pada mata - 'ophthalmia neonatorum'
  1. Peringkat lewat kanak-kanak.
o   Rabun disebabkan 'Refractive Error'
o   Ambliopia/mata malas
o   Juling
o   Parut pada lapisan kornea - jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
o   Penyakit akibat keturunan - 'albino, retinitis pigmentosa'
  1. Orang dewasa
o   Rabun akibat Refractive Error
o   Katarak
o   Retinopati diabetik
o   Glaukoma
o   Degenerasi Makular akibat penuaan (Age related Macular Degeneration)
  1. Sebab-sebab lain.
o   Jangkitan kuman pada mata
o   Kecederaan pada mata - tercucuk, terkena bahan kimia.
o   Barah mata - 'retinoblastoma'

Tanda – tanda cacat penglihatan
Apakah tanda dan gejala kecacatan penglihatan?
Orang dewasa boleh memberitahu orang lain sekiranya mereka mengalami gangguan penglihatan.
Kanak-kanak selalunya tidak mengadu tentang masalah penglihatan mereka. Oleh itu, ibubapa, penjaga dan cikgu harus peka akan masalah penglihatan kanak-kanak dan perhatikan perkara-perkara seperti berikut:
  1. Rupa wajah: Mata yang melilau (tidak fokus), Juling atau anak mata kelihatan putih.
  2. Tingkahlaku:  e.g. Sering menggosok mata, kepala yang senget, mengecil/menyepetkan mata, berkedip-kedip, sering terlanggar objet, keliru dengan perkatan yang tertulis, menonton TV dan membaca pada jarak terlalu dekat.
  3. Aduan: Sering mengadu sakit kepala dan kadangkala muntah, kabur atau Nampak dua imej dan sensitif pada cahaya yang keterlaluan.
Kecacatan penglihatan boleh berlaku secara:
· Tiba-tiba ( contoh. Glaukoma akut, kecederaan kimia, Lekanagn retina) 
· Perlahan-lahan (contoh Refractive error, katarak, Glaukoma kronik, Retinopati Diabetik , Degenerasi Makula)
Bagaimanakah kecacatan penglihatan boleh dikesan?
  1. Pemerhatian terhadap rupa paras, tingkahlaku dan aduan seseorang seperti yang diterangkan di atas.
  2. Ujian penglihatan dengan menggunakkan Carta Snellen yang boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di seluruh negara.
  3. Bagi kanak-kanak, ujian penglihatan boleh dilakukan dengan menggerakkan alat mainan yang berwarna terang seperti merah dan perhatikan pergerakan matanya samada ia mengikut pergerakan alat mainan tersebut.
  4. Ujian lain adalah seperti ujian medan penglihatan secara ‘confrontation atau perimetry’, yang dilakukan oleh pegawai yang terlatih.




SUMBER : http://www.myhealth.gov.my/
Previous
Next Post »
Thanks for your comment