Punca-punca dan ciri-ciri masalah pendengaran

PUNCA-PUNCA TERJADINYA MASALAH PENDENGARAN

v   Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
v  Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
v  Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
v  Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
v  Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
v  Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
v  Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
v  Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
v  Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
v  Gegendang telinga telah pecah
v  Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
v  Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
v  Peningkatan umur (Warga emas)


Ciri-ciri
v  Meminta percakapan diulang berkali-kali
v  Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
v  Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
v  Sukar memahami perbualan di tempat bising
v  Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari
v  Sukar memahami perbualan telefon
v  Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
v  Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
v  Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
v  Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.
v  Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
v  Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
v  Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)

SUMBER :http://pmspk.moe.gov.my/
                  http://www.myhealth.gov.my/




Previous
Next Post »
Thanks for your comment