disleksia


DISLEKSIA
 v Berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.

 v Masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA
v Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
v Sukar menyalin dari papan hitam ke dalam buku.
v Keliru dengan arahan oral dan nombor.
v Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
v  Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
v  Arahan terbalik
v Tulisan terbalik
v Suka mendengar bacaan tetapi tidak suka membaca.
v Sukar mengikut arahan
v Tiada keyakinan diri.



MASALAH YANG DIHADAPI
v Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
v Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
v Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan Gangguan emosi (seperti kemurungan)
v Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
v Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)


KEBARANGKALIAN UNTUK MENDAPAT DISLEKSIA
v Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

v Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sindrom disleksia tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia adalah disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).

v Salah satu punca berlakunya kecacatan adalah faktor 
   neoroligik yang merangkumi proses kelahiran, distress fetal, bersalin dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan kehamilan dan bersalin normal

v Di samping itu juga, faktor-faktor seperti bayi yang lahir yang mempunyai berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang sudah berumur, ibu yang merokok dan mengambil alkohol juga mempunyai potensi untuk mendapatkan anak yang bermasalah.


TINGKAH LAKU KANAK-KANAK DISEKSIA
v Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
v Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
v Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
             15 dengan 51
            “was” menjadi “saw”
             ‘b’ dengan ‘d’‘
v  Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
v Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
v Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
v Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.


KEPERLUAN KHAS
v Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan  diri anak.
v  Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.
v Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
 ü  Terapi pertuturan
 ü   Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
v Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
v Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
v Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
v  Merasa pergerakan bibir
v Menulis huruf atau perkataan
v  Langkah-langkah pemulihan :
 ü  Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
 ü   Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
 ü  Gunakan video atau kaset untuk belajar
   v Program pemulihan khusus :
 ü  Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia



Previous
Next Post »
Thanks for your comment