Teknik membaca


Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara yang tersurat, tersirat, menghubung kaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan merangkumi buku, jurnal. majalah, potongan surat khabar, tesis dan lain-lain. Keberkesanan dalam pembacaan sangat penting dan perlu ditekankan oleh para pelajar ketika membaca.

Proses membaca dibahagikan kepada 3 peringkat :

1. Sebelum membaca
  • Menentukan bahan bacaan yang dibaca
  • Menentukan cara bacaan disusun
  • Menentukan perkara yang perlu diingati daripada bahan
  • Tujuan membaca
2. Semasa membaca
  • Mengenal pasti isi-isi penting
  • Mengenal pasti pola pemikiran penulis
  • Menghubungkan idea-idea
  • Meramal apa yang akan berlaku
  • Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
3. Selepas membaca
  • Mengenalpasti tujuan penulis
  • Menganalisis teknik dan bahasa penulis
  • Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis




Previous
Next Post »
Thanks for your comment