sindrom down


DEFINISI
v Merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kromosom no 21 yang terdapat pada penghidap.3 salinan kromosom 21 (biasanya hanya 2 salinan ) terdapat dalam setiap satu sel. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

                  kromosom normal                                          kromosom penghidap sindrom down



CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN
v Tubuh yang pendek
v Kepala bersaiz kecil
v Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
v Lidah terjelir
v Satu garis lurus di tapak tangan,tangan yang besar,jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki
v Pertumbuhan yang lambat 
  v Kecacatan yang ringan atau sederhana.


MASALAH YANG DIHADAPI
v Mereka mempunyai daya ingatan,perhatian,kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat.
v Mempunyai IQ yang rendah iaitu sekitar 50-70
v Berkelakuan tidak menentu iaitu agresif,pasif dan meminta perhatian lebih daripada keluarga.
v Perkembangan bahasa mereka adalah lambat,penggunaan bahasa terhad dan tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat)
  v Mudah menghidap penyakit.

KEBARANGKALIAN UNTUK MENDAPAT ANAK SINDROM DOWN
v Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran (Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).

v Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan Sindrom Down. Pada ibu berusia 25, risikonya adalah 1/1,250; pada usia 30 risikonya adalah 1/1,000; pada usia 35 risikonya adalah 1/400; pada usia 40 risikonya adalah 1/100; dan pada usia 45 risikonya adalah 1/30

v Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% Sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa (Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas).

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SINDROM DOWN
v Mempunyai kesukaran berkomunikasi
v Mempunyai kesukaran mengurus diri – umur biologikal & umur akal
v  Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti
v Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah berkomunikasi dengan seseorang.
v Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan
v Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci.

KEPERLUAN KHAS
      
KEPERLUAN KHAS MURID
v kasih sayang dan penerimaan keluarga dan masyarakat
v sokongan padu dari setiap ahli keluarga
v menjalani program pemulihan – terapi pertuturan, terapi pekerjaan (OT)
v menjalani ujian saringan penglihatan & pendengaran sebelum mendaftar ke sekolah
v mendapat pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah, vokasional

 KEPERLUAN KHAS KELUARGA
v menerima hakikat & reda dengan kurniaan tuhan dengan sabar
v  sokongan padu sesama ahli keluarga, keluarga terdekat & masyarakat
v mendapat maklumat bagi membesarkan anak dengan SD
v menjadi ahli persatuan

        KEPERLUAN KHAS PRASARANA SEKOLAH
v Suasana selamat – pintu masuk di kunci pada waktu persekolahan
v masyarakat sekolah – pengetua, guru, murid & staf pentadbiran & keselamatan yang prihatin & memahami tingkahlaku murid SD
v asesibiliti kelas yang sesuai – tiada longkang besar, penempatan yang sentral, tingkat bawah



Previous
Next Post »
Thanks for your comment