rawatan, saringan dan langkah pencegahan cacat penglihatan


Rawatan
Bolehkah kecacatan penglihatan dirawat?
Berdasarkan National Eye Survey (1996), 80% daripada penyebab kebutaan boleh dicegah atau dirawat. Ini termasuk:
  1. Refractive error dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
  2. Katarak melalui pembedahan
  3. Glaukoma dengan menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan
  4. Penyakit kornea melalui pembedahan pemindahan kornea
  5. Retinopati Diabetik melalui pemeriksaan berkala dan rawatan laser.

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan
Perlukah untuk membuat saringan?
YA
  1. Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
o   Dapatkan ujian penglihatan secara berkala di tempat kerja
o Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada       pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis

  1.  Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti mengambil tahu berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangan, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan kenal pasti masalah.

Bolehkah kecacatan penglihatan dicegah?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan penglihatan:
  1. Amalkan cara hidup yang sihat
  2. Elakkan kemalangan dan kecederaan pada mata
  3. Dapatkan suntikan perlalian:
o Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan perlalian untuk 'rubella' , 'tetanus'
o Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan jadual suntikan   perlalian yang terkini.

  1. Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang. Sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.
Komplikasi
Apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang yang cacat penglihatan?
Sekiranya cacat penglihatan sejak kecil:
·   80% daripada kanak-kanak belajar dengan secara melihat. Oleh itu, kanak-kanak yang cacat penglihatan akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan kesukaran dalam menjalani aktiviti harian seperti makan , mandi dan penjagaan diri.
·   Mereka memerlukan pencegahan awal dan latihan yang khusus.
    
Cacat penglihatan ketika dewasa:
Mereka perlu belajar memahirkan diri dengan kekurangan penglihatan serta memerlukan rehabilitasi serta alat bantuan seperti penggunaan tongkat putih.
Langkah pemulihan
Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?
Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat atau kurang upaya:
·   Berdaftar dengan  Jabatan Kebajikan Masyarakat
o Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
o   Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
o   Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
· Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
o   Perubatan:
§  Pemulihan anggota
§  Pemulihan carakerja
§  Pemulihan pertuturan
§  Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.
o   Rehabilitasi Sosial di Malaysian Association for the Blind - www.mab.org.myuntuk:
§  Membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
§  Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
§  Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.
o   Rehabilitasi pendidikan
§  Belajar Braille
§  Mendapatkan alat bantu Low vision seperti kanta pembesar (magnifying glass) jika perlu.
o   Mendaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas
o   Latihan Vokasional.
§  Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jbtn. Kebajikan Masyarakat dan
§  Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.

SUMBER : http://www.myhealth.gov.my/


Previous
Next Post »
Thanks for your comment